Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia
saya diucapkan. Saya berasa gembira dapat menyiapkan tugasan saya dengan tunjuk
ajar yang telah diberikan oleh pensyarah saya, dan juga bantuan rakan sejawat
saya yang membantu saya merakam video pengajaran. Terutamanya pihak sekolah
yang sudi meminjam video rakaman untuk saya supaya rakaman ini dapat menyiapkan
dalam tempoh yang ditetapkan.
Saya memilih murid tahun 1 untuk menjalankan
makropengajaran ini kerana saya adalah guru matematik mereka. Untuk menetap
keperluan KSSR saya merancangkan rancangan harian saya dengan standard
kandungan dan standard pembelajaran. Standard yang saya pilih adalah
bersesuaian dengan tahap murid saya serta berkaitan dengan satu sama lain.
Saya merancangkan aktiviti-aktiviti
rancangan harian dalam empat fasa iaitu: fasa persediaan, fasa imaginasi, fasa
perkembangan dan fasa tindakan. Dengan fasa–fasa ini saya merancangkan aktiviti
yang bersesuaian seperti: fasa persediaan saya menyediakan gambar untuk menarik
perhatian dan bergambungkait dengan topik yang akan diajar. Dalam fasa
imaginasi saya menyediakan kad angka dan kad perkataan untuk mengajar dan
menerang tentang angka dan perkataan.
Fasa perkembangan saya meminta murid
menjalankan aktiviti kumpulan, saya meminta murid menulis perkataan dan angka
dalam kad aktiviti secara kumpulan. Dalam fasa yang terakhir ialah fasa
tindakan, murid diminta menjalankan latihan pengukuhan.
Walaupun saya tidak berkeyakinan untuk
melaksanakan pembelajaran dan pengajaran mengikut rancangan yang ditetapkan
kerana saya takut bahawa kualiti rancangan ini tidak tercapai permintaan
pensyarah. Tetapi setelah saya mencuba menjalaninya, saya berasa bahawa
rancangan-rancangan ini mempunyai kekuatan walaupun kelemahan juga timbul. Oleh
itu, saya telah merenung kembali dan berbincang dengan rakan sejawat apa yang
saya harus menambahbaikan lagi bagi tujuan mempertingkatkan profesionalisme
saya sebagai guru.
Seterusnya, saya akan menjelaskan kekuatan,
kelemahan serta tindakan mengatasi untuk menambahbaikkan makropengajaran saya
pada masa nanti.
2.1 Kekuatan
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat cari angka dalam mimik muka, murid saya berasa hairan kerana angka
juga boleh menjadikan mimik muka.
Dalam seluruh sesi pengajaran dan
pembelajaran, saya mengulangkan jawapan murid supaya murid yang lain dapat
mendengar dan mengetahui jawapan dengan lebih jelas. Saya juga meminta murid membaca perkataan dalam suku
kata ini akan menambah memori terhadap perkataan itu. Jika murid membaca angka
dan perkataan dengan salah, saya akan membetulkan mereka dengan segera. Ini
akan menyebabkan murid tidak akan mengulangkan kesalahan pada masa depan nanti.
Murid melibat diri secara aktif dalam fasa
perkembangan, dengan tidak langsungnya murid dapat memupuk minat untuk belajar mengira
dan menuliskan angka dan perkataan. Bahan bantu yang sesuai membolehkan murid
faham konsep matematik dengan lebih konkrit, dan ini menyebabkan sesi
pembelajaran dan pengajaran tidak jemu dan lebih efisyen.
Semasa fasa perkembangan dan tindakan, saya
selalu meronda-ronda untuk memastikan setiap murid telah dijaga dan tidak
diabaikan oleh saya. Dengan tujuan guru sebagai pembimbing, saya selalu
membantu murid yang lemah dengan memberi layanan yang ramah mesra. Semasa murid
tidak tahu menjawab soalan saya atau soalan dalam latihan, saya akan mengajar
dengan senyuman. Jika murid yang lemah tidak mampu habiskan latihan, saya telah
memberikan masa yang lebih supaya mereka dapat habiskan dan hantar pada hari
esok. Jika murid tidak terdapat masa yang cukup akan membuat latihan dengan
sesuka hati ini akan menjejaskan keputusan cikgu untuk mengukur taraf penguasai
hasil pembelajaran.
Saya telah memberikan pujian secara lisan
kepada murid yang memberi jawapan yang betul, seperti “betul”, “bagus”.
Kepujian secara lisan akan meningkatkan keyakinan murid. Selain itu saya juga
memberi markah kepada kumpulan yang telah memberi jawapan yang betul. Dengan
markah yang dikumpul di papan binatang untuk merekodkan kecemerlangan prestasi
setiap kumpulan dan jumlah markah yang tertinggi akan memberikan hadiah. Ini
adalah sejenis galakan dalam tempoh panjang yang saya selalu beri kepada
murid-murid saya.
2.2Kelemahan
Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran
tetap terdapat kekuatan yang hendak diteruskan dan kelemahan yang hendak
diabaikan.
Selepas saya memerhati rakaman yang saya
telah dirakamkan, saya terdapati bahawa saya tidak mahir dalam pengantar
Bahasa Melayu. Saya selalu menggunakan Bahasa Melayu yang tidak formal.
Seperti gunakan bahasa yang ditukar daripada Bahasa Cina. Terutamanya Bahasa
Inggeris “OK” dan “So” sering digunakan semasa pengajaran saya. Kejadian ini
berlaku kerana saya biasa dengan menggunakan bahasa tidak formal semasa
pengajaran saya tidak kira di mana-mana kelas atau subjek.
Walaupun murid suka akan gambar mimik
muka yang saya dikemukakan semasa langkah set induksi. Tetapi selepas saya
memerhati rakaman saya, saya didapati tulisan tangan saya tidak begitu jelas,
ini akan menyebabkan murid saya berasa keliru akan angka-angka yang saya minta
mereka menyatakan.
Dalam fasa imaginasi, saya meminta murid
saya membaca angka dan perkataan secara urutan. Saya berpendapat bahawa ini
tidak ada cabaran kepada murid yang telah mahir dalam bacaan satu hingga
sepuluh. Saya juga mendapati murid hanya hafalkan satu hingga sepuluh
sahaja. pembacaan begini tidak dapat mengukur tahap pencapaian standard
kandungan yang telah ditetapkan sebelum bermulaan sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Saya meminta murid membaca perkataan dengan
persendirian, kerana masalah masa yang singkat, ramai murid tidak dapat
peluang membaca. Murid yang tidak dipanggil oleh cikgu akan berasa bosan
dan tidak berminat dalam pembelajaran. Tambahan pula, murid tidak bertumpuan
perhatian dalam sesi pengajaran juga beranggap tidak berkelakuan aktif dalam
sesi itu juga.
Semasa saya menjalankan langkah
perkembangan, selepas murid saya menyelesaikan aktiviti kad yang saya
diagihkan. Saya terus berbincang dengan mereka, ini telah menjadikan suasana
huru-hara. Murid saya tidak tahu bila sampai giliran mereka, tidak dapat
lihat penjelasan guru semasa ramai murid rebut-rebut dihadapan cikgu. Ini telah
menyebabkan masalah disiplin kelas. Mungkin kerana masa yang singkat, saya
tidak menjelaskan setiap jawapan dengan murid terutamanya jawapan yang salah.
Akhirnya, semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti kumpulan, saya tidak boleh meninggalkan kad angka dan kad
perkataan di papan hitam. Ini akan menyebabkan murid saya meniru jawapan di
papan hitam lalu tidak dapat menguji tahap menguasai mereka.
2.3 Langkah mengatasi
Sekirnya terdapat kelemahan maka hendak
menjalankan langkah mengatasi untuk mengabaikan kesalahan akan timbul pada masa
hadapan.
Masalah pertama adalah cikgu tidak mahir
dalam pengantar Bahasa Melayu serta menggunakan Bahasa Inggeris semasa
pengajaran saya. Untuk mengatasi kelemahan ini, cikgu perlu berubah percakapan
yang lama. Contohnya, menggunakan “baik” atau “maka” ganti dengan perkataan
Bahasa Inggeris tersebut semasa waktu pengajaran dan pembelajaran. untuk
mengatasi kelemahan ini, cikgu harus membina suatu tabiat yang sihat seperti
selalu mengantar dengan murid-murid dengan menggunakan bahasa formal tidak kira
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran atau di luar darjah.
Kelemahan yang seterusnya ialah cikgu
menyediakan bahan bantu mengajar yang tidak sempurna dan boleh diperbaikikan
seperti mimik muka yang digunakan dalam fasa persediaan. Sepatutnya cikgu boleh
menyediakan mimic muka ini dalam ‘slaid Power Point’ untuk menarik minat murid
dan juga memastikan angka adalah lebih jelas dan mudah dicari oleh muridnya.
Tambahan pula, kad-kad angka dan perkataan dalam fasa imaginasi juga perlu
dibaikikan dengan menggunakan cetakan komputer supaya perkataan jelas dan mudak
dibaca oleh anak murid kita. Bahan bantu mengajar yang sempurna akan memudahkan
kejayaan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Untuk mengelakkan murid hafal urutan angka
dan perkataan sahaja, saya bercadang bahawa cikgu boleh meminta murid membaca
angka dan perkataan dengan tidak mengikut urutan. Cara ini untuk memastikan
murid telah menghafal perkataan dan angka bukan menghafalkan urutan sahaja.
Tambahan juga, cikgu boleh meminta seorang murid baca dan murid yang lain
menunjukkan angka itu. Ini adalah aktiviti yang menarik untuk memastikan murid
dapat memilih pasangan yang betul.
Dengan masa yang singkat saya tidak dapat
meminta setiap murid untuk membaca. Untuk mengatasi kelemahan ini saya telah
berbincang dengan rakan sejawat, keputusan perbincangan kami adalah murid yang
dipanggil tidak semestinya membaca satu sehingga sepuluh. Boleh meminta mereka
membaca 2 atau 3 pasangan angka dan perkataan. Sebab ini akan meluahkan masa
untuk memberi peluang kepada murid yang lain dapat menjawab soalah guru atau
membaca.
Untuk menambahbaik suasana huru-hara yang
terdapat dalam fasa perkembangan, cikgu harus meminta murid duduk dalam tempat
masing-masing sebelum meminta murid menunjukkan jawapan di hadapan kelas. Ini
akan menyebabkan semua murid dapat lihat jawapan kumpulan lain dengan jelas.
Selain itu, guru harus meminta murid membaca jawapan sendiri ini akan
menyebabkan murid ada peluang untuk mempersembahan di hadapan murid lain lalu
menambah keyakinan sendiri.
Akhirnya, jika saya mempunyai peluang untuk
mengulangkan mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama,
saya akan buat dengan langkah mengatasi yang telah disediakan untuk
menambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran.