I made this widget at MyFlashFetish.com.

Labels

18 December 2011

Refleksi RPH menama & menulis angka


Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya diucapkan. Saya berasa gembira dapat menyiapkan tugasan saya dengan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah saya, dan juga bantuan rakan sejawat saya yang membantu saya merakam video pengajaran. Terutamanya pihak sekolah yang sudi meminjam video rakaman untuk saya supaya rakaman ini dapat menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Saya memilih murid tahun 1 untuk menjalankan makropengajaran ini kerana saya adalah guru matematik mereka. Untuk menetap keperluan KSSR saya merancangkan rancangan harian saya dengan standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard yang saya pilih adalah bersesuaian dengan tahap murid saya serta berkaitan dengan satu sama lain.

Saya merancangkan aktiviti-aktiviti rancangan harian dalam empat fasa iaitu: fasa persediaan, fasa imaginasi, fasa perkembangan dan fasa tindakan. Dengan fasa–fasa ini saya merancangkan aktiviti yang bersesuaian seperti: fasa persediaan saya menyediakan gambar untuk menarik perhatian dan bergambungkait dengan topik yang akan diajar. Dalam fasa imaginasi saya menyediakan kad angka dan kad perkataan untuk mengajar dan menerang tentang angka dan perkataan.

Fasa perkembangan saya meminta murid menjalankan aktiviti kumpulan, saya meminta murid menulis perkataan dan angka dalam kad aktiviti secara kumpulan. Dalam fasa yang terakhir ialah fasa tindakan, murid diminta menjalankan latihan pengukuhan.

Walaupun saya tidak berkeyakinan untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran mengikut rancangan yang ditetapkan kerana saya takut bahawa kualiti rancangan ini tidak tercapai permintaan pensyarah. Tetapi setelah saya mencuba menjalaninya, saya berasa bahawa rancangan-rancangan ini mempunyai kekuatan walaupun kelemahan juga timbul. Oleh itu, saya telah merenung kembali dan berbincang dengan rakan sejawat apa yang saya harus menambahbaikan lagi bagi tujuan mempertingkatkan profesionalisme saya sebagai guru.

Seterusnya, saya akan menjelaskan kekuatan, kelemahan serta tindakan mengatasi untuk menambahbaikkan makropengajaran saya pada masa nanti.

2.1 Kekuatan

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat cari angka dalam mimik muka, murid saya berasa hairan kerana angka juga boleh menjadikan mimik muka.

Dalam seluruh sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mengulangkan jawapan murid supaya murid yang lain dapat mendengar dan mengetahui jawapan dengan lebih jelas. Saya juga  meminta murid membaca perkataan dalam suku kata ini akan menambah memori terhadap perkataan itu. Jika murid membaca angka dan perkataan dengan salah, saya akan membetulkan mereka dengan segera. Ini akan menyebabkan murid tidak akan mengulangkan kesalahan pada masa depan nanti.

Murid melibat diri secara aktif dalam fasa perkembangan, dengan tidak langsungnya murid dapat memupuk minat untuk belajar mengira dan menuliskan angka dan perkataan. Bahan bantu yang sesuai membolehkan murid faham konsep matematik dengan lebih konkrit, dan ini menyebabkan sesi pembelajaran dan pengajaran tidak jemu dan lebih efisyen.

Semasa fasa perkembangan dan tindakan, saya selalu meronda-ronda untuk memastikan setiap murid telah dijaga dan tidak diabaikan oleh saya. Dengan tujuan guru sebagai pembimbing, saya selalu membantu murid yang lemah dengan memberi layanan yang ramah mesra. Semasa murid tidak tahu menjawab soalan saya atau soalan dalam latihan, saya akan mengajar dengan senyuman. Jika murid yang lemah tidak mampu habiskan latihan, saya telah memberikan masa yang lebih supaya mereka dapat habiskan dan hantar pada hari esok. Jika murid tidak terdapat masa yang cukup akan membuat latihan dengan sesuka hati ini akan menjejaskan keputusan cikgu untuk mengukur taraf penguasai hasil pembelajaran.

Saya telah memberikan pujian secara lisan kepada murid yang memberi jawapan yang betul, seperti “betul”, “bagus”. Kepujian secara lisan akan meningkatkan keyakinan murid. Selain itu saya juga memberi markah kepada kumpulan yang telah memberi jawapan yang betul. Dengan markah yang dikumpul di papan binatang untuk merekodkan kecemerlangan prestasi setiap kumpulan dan jumlah markah yang tertinggi akan memberikan hadiah. Ini adalah sejenis galakan dalam tempoh panjang yang saya selalu beri kepada murid-murid saya.



2.2Kelemahan

Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran tetap terdapat kekuatan yang hendak diteruskan dan kelemahan yang hendak diabaikan.

Selepas saya memerhati rakaman yang saya telah dirakamkan, saya terdapati bahawa saya tidak mahir dalam pengantar Bahasa Melayu. Saya selalu menggunakan Bahasa Melayu yang tidak formal. Seperti gunakan bahasa yang ditukar daripada Bahasa Cina. Terutamanya Bahasa Inggeris “OK” dan “So” sering digunakan semasa pengajaran saya. Kejadian ini berlaku kerana saya biasa dengan menggunakan bahasa tidak formal semasa pengajaran saya tidak kira di mana-mana kelas atau subjek.

Walaupun murid suka akan gambar mimik muka yang saya dikemukakan semasa langkah set induksi. Tetapi selepas saya memerhati rakaman saya, saya didapati tulisan tangan saya tidak begitu jelas, ini akan menyebabkan murid saya berasa keliru akan angka-angka yang saya minta mereka menyatakan.

Dalam fasa imaginasi, saya meminta murid saya membaca angka dan perkataan secara urutan. Saya berpendapat bahawa ini tidak ada cabaran kepada murid yang telah mahir dalam bacaan satu hingga sepuluh. Saya juga mendapati murid hanya hafalkan satu hingga sepuluh sahaja. pembacaan begini tidak dapat mengukur tahap pencapaian standard kandungan yang telah ditetapkan sebelum bermulaan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Saya meminta murid membaca perkataan dengan persendirian, kerana masalah masa yang singkat, ramai murid tidak dapat peluang membaca. Murid yang tidak dipanggil oleh cikgu akan berasa bosan dan tidak berminat dalam pembelajaran. Tambahan pula, murid tidak bertumpuan perhatian dalam sesi pengajaran juga beranggap tidak berkelakuan aktif dalam sesi itu juga.

Semasa saya menjalankan langkah perkembangan, selepas murid saya menyelesaikan aktiviti kad yang saya diagihkan. Saya terus berbincang dengan mereka, ini telah menjadikan suasana huru-hara. Murid saya tidak tahu bila sampai giliran mereka, tidak dapat lihat penjelasan guru semasa ramai murid rebut-rebut dihadapan cikgu. Ini telah menyebabkan masalah disiplin kelas. Mungkin kerana masa yang singkat, saya tidak menjelaskan setiap jawapan dengan murid terutamanya jawapan yang salah.

Akhirnya, semasa menjalankan aktiviti-aktiviti kumpulan, saya tidak boleh meninggalkan kad angka dan kad perkataan di papan hitam. Ini akan menyebabkan murid saya meniru jawapan di papan hitam lalu tidak dapat menguji tahap menguasai mereka.

2.3 Langkah mengatasi

Sekirnya terdapat kelemahan maka hendak menjalankan langkah mengatasi untuk mengabaikan kesalahan akan timbul pada masa hadapan.

Masalah pertama adalah cikgu tidak mahir dalam pengantar Bahasa Melayu serta menggunakan Bahasa Inggeris semasa pengajaran saya. Untuk mengatasi kelemahan ini, cikgu perlu berubah percakapan yang lama. Contohnya, menggunakan “baik” atau “maka” ganti dengan perkataan Bahasa Inggeris tersebut semasa waktu pengajaran dan pembelajaran. untuk mengatasi kelemahan ini, cikgu harus membina suatu tabiat yang sihat seperti selalu mengantar dengan murid-murid dengan menggunakan bahasa formal tidak kira dalam sesi pengajaran dan pembelajaran atau di luar darjah.

Kelemahan yang seterusnya ialah cikgu menyediakan bahan bantu mengajar yang tidak sempurna dan boleh diperbaikikan seperti mimik muka yang digunakan dalam fasa persediaan. Sepatutnya cikgu boleh menyediakan mimic muka ini dalam ‘slaid Power Point’ untuk menarik minat murid dan juga memastikan angka adalah lebih jelas dan mudah dicari oleh muridnya. Tambahan pula, kad-kad angka dan perkataan dalam fasa imaginasi juga perlu dibaikikan dengan menggunakan cetakan komputer supaya perkataan jelas dan mudak dibaca oleh anak murid kita. Bahan bantu mengajar yang sempurna akan memudahkan kejayaan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Untuk mengelakkan murid hafal urutan angka dan perkataan sahaja, saya bercadang bahawa cikgu boleh meminta murid membaca angka dan perkataan dengan tidak mengikut urutan. Cara ini untuk memastikan murid telah menghafal perkataan dan angka bukan menghafalkan urutan sahaja. Tambahan juga, cikgu boleh meminta seorang murid baca dan murid yang lain menunjukkan angka itu. Ini adalah aktiviti yang menarik untuk memastikan murid dapat memilih pasangan yang betul.

Dengan masa yang singkat saya tidak dapat meminta setiap murid untuk membaca. Untuk mengatasi kelemahan ini saya telah berbincang dengan rakan sejawat, keputusan perbincangan kami adalah murid yang dipanggil tidak semestinya membaca satu sehingga sepuluh. Boleh meminta mereka membaca 2 atau 3 pasangan angka dan perkataan. Sebab ini akan meluahkan masa untuk memberi peluang kepada murid yang lain dapat menjawab soalah guru atau membaca.

Untuk menambahbaik suasana huru-hara yang terdapat dalam fasa perkembangan, cikgu harus meminta murid duduk dalam tempat masing-masing sebelum meminta murid menunjukkan jawapan di hadapan kelas. Ini akan menyebabkan semua murid dapat lihat jawapan kumpulan lain dengan jelas. Selain itu, guru harus meminta murid membaca jawapan sendiri ini akan menyebabkan murid ada peluang untuk mempersembahan di hadapan murid lain lalu menambah keyakinan sendiri.

Akhirnya, jika saya mempunyai peluang untuk mengulangkan mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan buat dengan langkah mengatasi yang telah disediakan untuk menambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Lagu angka

Murid-murid, lagi satu lagu angka untuk kamu belajar dan ulang kaji. Mari belajar dengan harimau dalam Flash~